Friday 11 December 2015

MALAM JASAMU DIKENANG


Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Perak bersama Jawatankuasa Teknikal PPP Perak dan Kesatuan PPP Sem Malaysia Caw Perak telah diadakan pada 4 December 2015 di Hotel Excelsior Ipoh Perak. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan meraikan pesara - pesara penolong pegawai perubatan negeri perak yang bersara pada tahun 2015 ini.

Seramai 21 orang pesara telah diraikan pada majlis Malam Jasamu di Kenang pada kali ini. Tetamu jemputan yang hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan JKN Perak, Pengarah HRPB Ipoh , Ketua Penolong Pegawai Perubatan malaysia, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Presiden Kesatuan PPP Sem Malaysia. Seramai 270 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Perak hadir pada majlis ini.



Cenderahati dari pihak penganjur telah diberikan kepada semua pesara-pesara manakala bagi pesara yang menjadi ahli Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Sem Malaysia hadiah extra telah diberikan kepada mereka. Acara cabutan bertuah dan karaoke juga diadakan bagi memeriahkan majlis makan malam ini.  Sebanyak lebih dari 80 buah hamper telah disediakan oleh pihak penganjur bagi acara cabutan bertuah ini.

Selamat bersara kepada semua pesara-pesara Penolong Pegawai Perubatan Perak. Semoga kehidupan anda semua terus berbahagia dan dapat menjalani kehidupan seterusnya dengan rahmatnya..

#ppp-perak

Wednesday 2 December 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PPPM PERAK

Pada 4 November 2015 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak (PPPM Perak) di HRPB Ipoh. Beberapa agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya meneruskan program CME bagi PPP di negeri Perak, Malam jasamu dikenang yang akan diadakan di Hotel Excelsior Ipoh pada 4 Disember 2015 dan lain- lain yang akan di realisasikan dalam masa terdekat.

Mesyuarat juga telah bersetuju menubuhkan biro-biro yang akan diketuai oleh setiap seorang AJK PPPM Perak. Biro-biro yang ditubuhkan ialah :- 
         - Biro Ekonomi.
         - Biro Kebajikan.
         - Biro Pendidikan.
         - Biro Promosi & Dokumentasi.

Diharapkan agar tertubuhnya biro-biro ini akan lebih memaju dan melincinkan perjalanan aktiviti dan program yang dirangka oleh persatuan dimasa hadapan.




#pppperak



TEAM BUILDING PPP PERAK @ ESCAPE PENANG




Tanggal 5 November 2015 Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Perak dengan kerjasama Jabatan Kecemasan HRPB Ipoh Perak telah menganjurkan Program Team Building untuk PPP di Escape Penang. PPP yang terdiri dari PPP lama dan juga PPW HRPB bersama-sama menjayakan program sehari ini bagi memantapkan aktiviti fizikal dan mental . Program ini juga dapat menghilangkan stress kepada semua yang terlibat dalam menjalankan kerja- kerja seharian di Hospital.




Dalam program ini juga PPPM Perak menganjurkan pertandingan antara sesama PPP bagi memeriahkan program dan hadiah - hadiah telah diberikan kepada pemenang di HRPB Ipoh . Seramai 9 pemenang dipilih berdasarkan katogeri yang dipertandingkan. PPPM Perak akan sentiasa menganjurkan program- program sebegini dimasa hadapan.








#pppperak










Friday 6 November 2015

PAMERAN PROFESION SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEM.KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM)

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw.Perak telah mengadakan pameran Profesion Penolong Pegawai Perubatan pada 25hb Oktober hingga 27hb oktober 2015 di KSKB Ulu Kinta. Pameran ini diadakan sempena Majlis Konvokesyen ILKKM yang telah diadakan di KSKB Ulu Kinta. Seramai lebih kurang 1000 orang pelajar yang telah berjaya dan dianugerahkan di majlis konvokesyen ini.

Pameran ini juga adalah mewakili daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. Dr Md Zaki Othman iaitu Ketua Pen. Pegawai Perubatan Malaysia juga berkesempatan melawat ke booth Persatuan ini.










Friday 14 August 2015

KAJIAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK) BAGI PPP


Tahniah kepada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia atas cadangan menaikkan imbuhan BIPK. Walaupun ia baru sekadar tindakan atas cadangan akan tetapi ia menjurus kepada tindakan yang positif dari Bahagian Sumber Manusia , Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua Penolong Pegawai Perubatan mengharapkan keputusan yang positif akhirnya dalam cadangan ini.  # Doakan yang terbaik.

Thursday 13 August 2015

KETUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MALAYSIA MULAI 6 OGOS 2015

Dr Mohd Zaki- no dua dari kanan.

Watikah perlantikan Ketua Penolong Pegawai Perubatan yg baru (SU di LPP KKM) mulai 06 Ogos 2015. Semoga satu transformasi drastik yg positif (rebranding & reengineering) peranan dan tanggungjawab profesion yg lebih mantap dan tersohor dpt terlaksana di bawah kepimpinan Dr. Mohd. Zaki bin Othman.

Gambar : Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA . Selain membincangkan beberapa perkara berkaitan profesion, kunjungan ini juga merupakan salam perkenalan antara Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Pengurusan Tertinggi Profesion PPP.

PENWUJUDAN GRED FLEKSI PPP U41/42/44

Berita baik kepada semua Penolong Pegawai Perubatan.. Gred Fleksi bagi U41/42/44 telahpun diwujudkan.
Perjuangan Persatuan dalam perkara ini telahpun menampakkan hasilnya. Tahniah Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. Walaupun ada lagi yang diperjuangkan seperti gred fleksi bagi U29/32/36 yang telahpun dipohon masih belum ada jawapannya. kita tunggu dan berharap agar semua nya seperti yang diharapkan.  #pppperak

Friday 17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1436H




PPPM Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Perak dan Seluruh Malaysia amnya. 
Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini..Aminn.
Jika tidak menjadi kesulitan teruskan lah dengan amalan berpuasa enam dibulan Syawal..Insyaallah.

KIAN BERLABUH TIRAI RAMADHAN,
LAMBAIAN SYAWAL KIAN DINANTI,
LUHUR HATI IKHLAS KEMAAFAN,
SEMOGA KESALAHAN DIMAAFI.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI: PPPM Perak.

Tuesday 23 June 2015

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA PPP

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
KEPADA SEMUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
NEGERI PERAK.
SEMOGA BULAN RAMADHAN TAHUN INI 
LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA .
SELAMAT BERAMAL IBADAT DIBULAN 
YANG MULIA INI.

DARIPADA : 
AHLI JAWATANKUASA 
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERAK

Saturday 6 June 2015

PROGRAM BAKTI DI PERKAMPUNGAN ORG ASLI KPG MAKMOR ULU KINTA


Satu Program Bakti di Perkampungan Orang Asli Kpg Makmur Ulu Kinta bersama warga kerja Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh telah diadakan pada 30 Mei 2015 @ Sabtu. Seramai lebih kurang 150 orang telah menyertai program ini dari pelbagai jawatan. Program bermula pada jam 7.00 pagi dengan menaiki kenderaan dari JKN dan PGA ke perkampungan orang asli.

Program ini diadakan dengan kerjasama ADUN Ulu Kinta. Program sehari ini dipenuhi dengan acara Khidmat Kaunseling, Kem Perubatan, Sukaneka kanak-kanak, Futsal, Takraw dan gotong royong memasak makanan tengahari. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini.




Saturday 16 May 2015

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERWAKILAN KALI PERTAMA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

Mesyuarat Agung Dwitahunan perwakilan kali pertama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
ataupun Mesyuarat Agung dua tahunan kali ke 13 telah diadakan pada 14 Mei 2015 di Hotel KOBEMAS Melaka. Sebelum ini mesyuarat agung persatuan bukannya mesyuarat agung perwakilan dan selepas perlembagaan baru ini ,Mesyuarat agung telah dinamakan sebagai Mesyuarat Agung Dwitahunan perwakilan. Mesyuarat Seramai 60 orang perwakilan dan EXCO hadir dalam mesyuarat agung kali ini.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua perwakilan-perwakilan negeri yang telah dilantik , EXCO dan Ahli Majlis tertinggi PPPM. Dalam mesyuarat agung ini telah membentang dan meluluskan usul-usul serta pemilihan ahli jawatankuasa pusat penggal 2015/2016.
Bergambar beramai-ramai dalam AGM 2015

Barisan Ahli majlis tertinggi PPPM

Para perwakilan

Perwakilan Negeri Perak


Perwakilan Perak Bersama Pengerusi PPPM Perak



Pengerusi PPPM memberikan ucapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...