Thursday 8 September 2016

KUTIPAN DERMA KILAT MANGSA KEBAKARAN DAN PENYERAHAN AWAL SUMBANGAN


Penyerahan awal sumbangan tabung kebakaran kpd En Jasray B. Radwan di kediaman beliau yg musnah terbakar di Taiping. Penyerahan awal ini bagi meringankan beban beliau dan keluarga sebelum menyambut Aidiladha beberapa hari lagi. Sumbangan ini adalah derma dari semua Penolong Pegawai Perubatan yang simpati atas musibah yang dihadapi beliau. Rombongan PPPM Perak terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan AJK melawat beliau beberapa hari selepas kejadian .
 
En.  Jasray B. Radwan adalah Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Taiping. Beliau juga ialah ahli Persatuan Pembantu Perubatan. Kebakaran yang berlaku dirumah beliau sekitar jam 1.00 petang pada 4 september 2016 telah memusnahkan keseluruhan rumah dan harta benda beliau sekeluarga.
 
Atas rasa simpati dan prihatin kepada beliau, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Perak telah melancarkan kutipan derma kilat di seluruh negeri Perak. Kutipan ini akan diteruskan sehingga 30 September 2016. Jika mana-mana pihak yang ingin menderma boleh lah menyalurkan sumbangan melalui akaun :
 
Maybank Persatuan Pembantu Perubatan Caw Perak .
No akaun : 558060503702.

Moga pertolongan dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yg sewajarnya..insyaallah.
 
Gambar-gambar sekitar kejadian kebakaran.




 #pppmperak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...