Friday 11 December 2015

MALAM JASAMU DIKENANG


Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Perak bersama Jawatankuasa Teknikal PPP Perak dan Kesatuan PPP Sem Malaysia Caw Perak telah diadakan pada 4 December 2015 di Hotel Excelsior Ipoh Perak. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan meraikan pesara - pesara penolong pegawai perubatan negeri perak yang bersara pada tahun 2015 ini.

Seramai 21 orang pesara telah diraikan pada majlis Malam Jasamu di Kenang pada kali ini. Tetamu jemputan yang hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan JKN Perak, Pengarah HRPB Ipoh , Ketua Penolong Pegawai Perubatan malaysia, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Presiden Kesatuan PPP Sem Malaysia. Seramai 270 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Perak hadir pada majlis ini.



Cenderahati dari pihak penganjur telah diberikan kepada semua pesara-pesara manakala bagi pesara yang menjadi ahli Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Sem Malaysia hadiah extra telah diberikan kepada mereka. Acara cabutan bertuah dan karaoke juga diadakan bagi memeriahkan majlis makan malam ini.  Sebanyak lebih dari 80 buah hamper telah disediakan oleh pihak penganjur bagi acara cabutan bertuah ini.

Selamat bersara kepada semua pesara-pesara Penolong Pegawai Perubatan Perak. Semoga kehidupan anda semua terus berbahagia dan dapat menjalani kehidupan seterusnya dengan rahmatnya..

#ppp-perak

Wednesday 2 December 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PPPM PERAK

Pada 4 November 2015 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak (PPPM Perak) di HRPB Ipoh. Beberapa agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya meneruskan program CME bagi PPP di negeri Perak, Malam jasamu dikenang yang akan diadakan di Hotel Excelsior Ipoh pada 4 Disember 2015 dan lain- lain yang akan di realisasikan dalam masa terdekat.

Mesyuarat juga telah bersetuju menubuhkan biro-biro yang akan diketuai oleh setiap seorang AJK PPPM Perak. Biro-biro yang ditubuhkan ialah :- 
         - Biro Ekonomi.
         - Biro Kebajikan.
         - Biro Pendidikan.
         - Biro Promosi & Dokumentasi.

Diharapkan agar tertubuhnya biro-biro ini akan lebih memaju dan melincinkan perjalanan aktiviti dan program yang dirangka oleh persatuan dimasa hadapan.




#pppperak



TEAM BUILDING PPP PERAK @ ESCAPE PENANG




Tanggal 5 November 2015 Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Perak dengan kerjasama Jabatan Kecemasan HRPB Ipoh Perak telah menganjurkan Program Team Building untuk PPP di Escape Penang. PPP yang terdiri dari PPP lama dan juga PPW HRPB bersama-sama menjayakan program sehari ini bagi memantapkan aktiviti fizikal dan mental . Program ini juga dapat menghilangkan stress kepada semua yang terlibat dalam menjalankan kerja- kerja seharian di Hospital.




Dalam program ini juga PPPM Perak menganjurkan pertandingan antara sesama PPP bagi memeriahkan program dan hadiah - hadiah telah diberikan kepada pemenang di HRPB Ipoh . Seramai 9 pemenang dipilih berdasarkan katogeri yang dipertandingkan. PPPM Perak akan sentiasa menganjurkan program- program sebegini dimasa hadapan.








#pppperak










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...