Friday 1 December 2017

Mesyuarat Pengurusan Ketua PPP Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia



Mesyuarat Pengurusan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 27hb hingga 29hb November 2017 bertempat di Wisma Persekutuan Jalan Anson Pulau Pinang. 

Mesyuarat 3 hari ini dipengerusikan oleh Ketua PPP KKM iaitu Dr Zaki bin Othman dan dihadiri oleh semua Ketua PPP Negeri, Timbalan KPPPN (Perubatan) dan Timbalan KPPPN (Kesihatan Awam).

Dalam mesyuarat kali ini pelbagai perkara telah diperbincangkan berkaitan perkhidmatan , halatuju, kualiti, latihan, perjawatan dan pelbagai perkara berkaitan Profesion penolong Pegawai Perubatan. 

Semua KPPPN telah membentangkan laporan negeri masing-masing dan membincangkan isu dan cadangan yang telah dibawa. 

Ahli mesyuarat juga telah dibawa melawat Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Hitam yang mempunyai fasiliti kesihatan 6 tingkat yang pertama di Malaysia. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...