Tuesday 10 May 2016

KURSUS PEMANTAPAN KEPENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK

Kursus Pemantapan Kepenyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah diadakan pada 3-4 Mei 2016 di Bilik Konferen HRPB Ipoh . Seramai 45 orang PPP telah hadir dalam kursus ini. Kursus ini anjuran bersama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak bersama Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan JKN Perak.


Sebanyak 11 topik telah dibentangkan dalam kursus 2 hari ini melibatkan penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tajuk Medico Legal, Kepimpinan, Profesionalisma, Kod Etika PPP, Integriti dalam Pengurusan Kewangan, Tatatertib kakitangan awam adalah sebahagian dari tajuk tajuk yang di ketengahkan.



Dengan kejayaan menganjurkan kursus ini pihak Persatuan akan terus menganjurkan kursus-kursus atau CME dimasa hadapan bagi meluaskan pendedahan ilmu terkini kepada semua PPP Perak.

#pppperak

HARI PEMBANTU PERUBATAN 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK


Gimik perasmian oleh Pengarah JKN Perak
Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2016 peringkat negeri Perak telah diadakan di Mydin Mall Parit Buntar Perak pada 24 April 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Hjh Juita Bt Ghazalie Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Majlis  bermula dengan Senamrobik oleh PPP dari PKD Kerian disusuli dengan Mass CPR terbuka kepada orang awam yang berkunjung di Mydin Mall pada hari tersebut. Aktiviti yang dijalankan pada Majlis sambutan pada kali ini termasuklah pameran , pemeriksaan kesihatan, demo pra hospital, derma darah , kuiz , pertandingan mewarna dan juga cabutan bertuah untuk orang awam dan semua penolong pegawai perubatan yang hadir.

Seramai 220 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Negeri Perak hadir memeriahkan majlis yang julung-julung diadakan di Mydin Mall ini. Majlis perasmian dimulakan dengan lagu PPP berjaya yang dinyanyikan oleh kumpulan koir PPP daerah Kerian. Tetamu jemputan yang turut hadir ialah Ketua PPP Malaysia iaitu Dr Mohd Zaki B. Othman ,Tn Hj Mustafa Majid Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Kesatuan PPPSM , Kolej Sains Kesihatan Bersekutu SAS dan juga Pengurus Mydin Mall Parit Buntar.



Objektif sambutan Hari Pembantu Perubatan diadakan sebegini rupa ialah untuk mempromosikan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan kepada Masyarakat untuk memberikan informasi tentang pentingnya penjagaan kesihatan serta mengamalkan cara hidup sihat bagi kehidupan yang berkualiti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...