Saturday 11 March 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 11 Mac 2017 di Hotel Zenith Kuantan Pahang. Seramai 1560 Penolong Pegawai Perubatan pelbagai agensi telah hadir memeriahkan majlis gilang gemilang ini.

Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM yang mewakili YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

 

Ucapan Aluan oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Dr. Md Zaki Othman


Tokoh Pembantu Perubatan 2017 : En. Taram Singh Walia A/L Pratap Singh, HTAR, Klang



Tokoh Pembantu Perubatan Harapan 2017 : En. Hamizal Bin Hamid, Hospital Melaka



Simbolik perasmian

Antara yang hadir memeriahkan majlis



Majlis gilang gemilang yang telah dihadiri oleh 1560 orang PPP dari seluruh negara dan pelbagai agensi.

Friday 10 March 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017

DARIPADA :
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERAK

AMANAT DARI SEORANG DG....

Bersempena dengan Hari Pembantu Perubatan, saya dengan berbesar hari ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh Malaysia. Sebagai ‘orang kuat’ kepada para doktor, saya berasa amat bangga dan berterima kasih atas kecemerlangan serta bakti yang dicurahkan oleh semua PPP dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi di segenap penjuru Negara ini. Saya telah melihat evolusi profession PPP yang telah terus kekal relevan dalam dunia perubatan yang dinamik ini, dan saya yakin mereka akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam sistem kesihatan Negara ini.
Bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perubatan. Semoga profesion ini terus membangun dan kekal berbakti untuk Negara. KesihatanKu Negaraku Malaysia.
...............................
On this special day for all Assistant Medical Officers (AMOs), I would like to pen a special note to all our AMOs throughout Malaysia, for their excellence and extraordinary dedication. As the ‘right hand’ to us in the medical fraternity, we are proud and ever so grateful for their contributions towards health service provision in this country. I have seen how this profession evolve and be adaptable to the dynamic medical world, and I trust that they will continue to play an even greater role in our health system beyond tomorrow.
On behalf of the Ministry of Health, I would like to wish them “Selamat Hari Pembantu Perubatan”. May this profession continue to grow and serve the Nation.
MyHealth, MyNation, Malaysia.

Thursday 9 March 2017

PROGRAM KEMBARA SIHAT 2017 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK



PROGRAM KEMBARA SIHAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK  
KE SINAR HARIAN (KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF) KELANTAN 
diadakan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac 2017.
Di peringkat Negeri Perak, sambutan ini akan diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh.
Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang dan salah satunya ialah Program Kembara Sihat ini.

Program ini akan ke Penerbitan Sinar Harian, Kota Bharu Kelantan pada 18-19 Mac 2017.

Aktiviti sosial dan kemasyarakatan ini bakal melibatkan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak. Antara pengisian aktiviti adalah Pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, Dextrostix, BMI, Vision test, Kaunseling pemakanan, Quit Smoking dan ceramah perubatan sukan. ‘Demo CPR dan Choking’ juga akan di adakan pada program tersebut. 

Program seperti ini dapat menyediakan landasan kepada profesion PPP untuk memberi publisiti secara lebih  fleksibel, impak tinggi, dan bersesuaian dengan hasrat murni melestarikan profesion Penolong Pegawai Perubatan.

Selain itu akan diadakan lawatan ke kilang percetakan dan bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik) bagi memberi pendedahan kepada Penolong Pegawai Perubatan berkaitan aktiviti sesebuah penerbitan dan promosi pengiklanan dijalankan. Kumpulan Media Karangkraf  adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Slogan ‘Cakna dan Dinamik’ merupakan identiti akhbar Sinar Harian yang merupakan sumber berita utama medium bahasa melayu bagi rakyat Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada Mac 2006.
    
Matlamat program ini adalah untuk membentuk generasi PPP yang cemerlang, berilmu, dan berketerampilan serta berdaya saing melalui pendekatan kepelbagaian program ilmu dan aktiviti sosial.

Bagi merealisasikan program sosial ini PPP dari seluruh negeri perak dijemput menyertai program ini. 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp 
Hj Syamsul ditalian  012-2622234

Thursday 2 March 2017

BARISAN PENYELIA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK 2017


MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017 PERINGKAT NEGERI PERAK


Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 1 Mac 2017 di HRPB Ipoh. Mesyuarat bilangan 2 ini banyak membincangkan berkenaan perlaksanaan sambutan hari PP nanti. Semua Jawatankuasa yang telah dilantik membentangkan perancangan JK masing-masing dan beberapa keputusan telahpun dibuat mengikut persetujuan bersama. 



 Sambutan Hari PP pada tahun 2017 ini akan di adakan di Hotel Excelsior pada 1 April 2017. 
Pada kali ini Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak telah diamanahkan 
menjadi tuan rumah bagi majlis yang disambut pada setiap tahun ini. 
Pada sebelah petangnya pula mesyuarat telah berpindah ke JKN Perak dan
 mesyuarat ini pula lebih tertumpu pada program dan aktiviti yang dirancang sepanjang 
bulan Hari Pembantu Perubatan ini. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua 
Ketua Penyelia Hospital dan Penyelaras PKD di Negeri Perak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...