Thursday 8 September 2016

KUTIPAN DERMA KILAT MANGSA KEBAKARAN DAN PENYERAHAN AWAL SUMBANGAN


Penyerahan awal sumbangan tabung kebakaran kpd En Jasray B. Radwan di kediaman beliau yg musnah terbakar di Taiping. Penyerahan awal ini bagi meringankan beban beliau dan keluarga sebelum menyambut Aidiladha beberapa hari lagi. Sumbangan ini adalah derma dari semua Penolong Pegawai Perubatan yang simpati atas musibah yang dihadapi beliau. Rombongan PPPM Perak terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan AJK melawat beliau beberapa hari selepas kejadian .
 
En.  Jasray B. Radwan adalah Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Taiping. Beliau juga ialah ahli Persatuan Pembantu Perubatan. Kebakaran yang berlaku dirumah beliau sekitar jam 1.00 petang pada 4 september 2016 telah memusnahkan keseluruhan rumah dan harta benda beliau sekeluarga.
 
Atas rasa simpati dan prihatin kepada beliau, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Perak telah melancarkan kutipan derma kilat di seluruh negeri Perak. Kutipan ini akan diteruskan sehingga 30 September 2016. Jika mana-mana pihak yang ingin menderma boleh lah menyalurkan sumbangan melalui akaun :
 
Maybank Persatuan Pembantu Perubatan Caw Perak .
No akaun : 558060503702.

Moga pertolongan dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yg sewajarnya..insyaallah.
 
Gambar-gambar sekitar kejadian kebakaran.




 #pppmperak

Sunday 21 August 2016

EXPLORASI ROYAL BELUM


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Perak (PPPM Perak)
bercadang akan menganjurkan Explorasi Royal Belum yang dirancang akan diadakan dalam bulan Januari 2017.

Butir-butir program seperti dibawah :
- Terbuka kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di Malaysia khasnya di Negeri Perak samaada bertugas di KKM, Swasta, Pengajar mahupun yang telah berpencen.

Pakej 2H 1M ini termasuk :
- Penginapan di House Boat @ pilihan Chalet.
- Makan minum / Sijil Penyertaan/ Guide / Insuran/ Permit masuk ke Royal Belum.

Tempat-tempat menarik yang akan dilawati / Explore:
-Melihat Bunga Reflessia@ Pakma 
- Santuari Ikan Kelah
- Waterfall
- Salk Lick
- Perkampungan Orang Asli

XTVT Bebas : Berkayak & Memancing

Pengankutan sepanjang Pakej : House Boat & Speed Boat.

YURAN PENDAFTARAN : - AHLI PERSATUAN RM 290.00
                                       - BUKAN AHLI RM 330.00

BOOKING TEMPAT : RM50.00 JER

#Tempat TERHAD !!
Sahkan pendaftaran anda sekarang ...

Sila CALL / Whatsapp :
# Syamsul : 012-2622234.
# Tarmizi : 019-7355787.
# Saifol : 017-5668782

#pppmalaysia

Monday 8 August 2016

BULETIN PROFESIONKU BIL1/2016

Buletin Profesionku Bil 1/2016 diterbitkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan akan diedarkan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di seluruh Malaysia . Bagi Negeri Perak, PPPM Perak telahpun mengedarkan Buletin ini kepada semua Ketua Penyelia Hospital / PKD untuk disampaikan kepada PPP yang bertugas di hospital/PKD yang berkenaan.













#pppmalaysia      #pppperak

Saturday 11 June 2016

PRODUK PPPM PERAK UNTUK DIJUAL - EMBLEM, TSHIRT, STIKER KERETA,TIE KLIP

PPPM PERAK telah mengeluarkan cenderahati berupa 
T-Shirt, Tie Klip, Stiker Kereta, Emblem 
yang mempunyai logo Persatuan.
PPP yang berminat untuk mendapatkan
barangan ini bolehlah berhubung dengan Jawatankuasa
PPPM Perak atau whatsapp kpd 012-2622234.
Dijual terbuka kepada semua PPP dinegeri Perak mahupun 
seluruh Malaysia ,Sabah dan Sarawak.
**Boleh dipos ke seluruh Malaysia.
*** Limited Edition-sementara stok masih ada.
#pppmalaysia
T-SHIRT AMO SEHELAI RM15.00

Terdapat dlm warna hijau dan putih shj.
TIE KLIP AMO 1 PCS RM10.00



STIKER KERETA AMO 1PCS RM6.00

EMBLEM AMO (PLATE KERETA)




 TIE PPP 1PCS RM40.00

Tuesday 10 May 2016

KURSUS PEMANTAPAN KEPENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK

Kursus Pemantapan Kepenyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah diadakan pada 3-4 Mei 2016 di Bilik Konferen HRPB Ipoh . Seramai 45 orang PPP telah hadir dalam kursus ini. Kursus ini anjuran bersama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak bersama Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan JKN Perak.


Sebanyak 11 topik telah dibentangkan dalam kursus 2 hari ini melibatkan penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tajuk Medico Legal, Kepimpinan, Profesionalisma, Kod Etika PPP, Integriti dalam Pengurusan Kewangan, Tatatertib kakitangan awam adalah sebahagian dari tajuk tajuk yang di ketengahkan.



Dengan kejayaan menganjurkan kursus ini pihak Persatuan akan terus menganjurkan kursus-kursus atau CME dimasa hadapan bagi meluaskan pendedahan ilmu terkini kepada semua PPP Perak.

#pppperak

HARI PEMBANTU PERUBATAN 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK


Gimik perasmian oleh Pengarah JKN Perak
Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2016 peringkat negeri Perak telah diadakan di Mydin Mall Parit Buntar Perak pada 24 April 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Hjh Juita Bt Ghazalie Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Majlis  bermula dengan Senamrobik oleh PPP dari PKD Kerian disusuli dengan Mass CPR terbuka kepada orang awam yang berkunjung di Mydin Mall pada hari tersebut. Aktiviti yang dijalankan pada Majlis sambutan pada kali ini termasuklah pameran , pemeriksaan kesihatan, demo pra hospital, derma darah , kuiz , pertandingan mewarna dan juga cabutan bertuah untuk orang awam dan semua penolong pegawai perubatan yang hadir.

Seramai 220 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Negeri Perak hadir memeriahkan majlis yang julung-julung diadakan di Mydin Mall ini. Majlis perasmian dimulakan dengan lagu PPP berjaya yang dinyanyikan oleh kumpulan koir PPP daerah Kerian. Tetamu jemputan yang turut hadir ialah Ketua PPP Malaysia iaitu Dr Mohd Zaki B. Othman ,Tn Hj Mustafa Majid Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Kesatuan PPPSM , Kolej Sains Kesihatan Bersekutu SAS dan juga Pengurus Mydin Mall Parit Buntar.



Objektif sambutan Hari Pembantu Perubatan diadakan sebegini rupa ialah untuk mempromosikan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan kepada Masyarakat untuk memberikan informasi tentang pentingnya penjagaan kesihatan serta mengamalkan cara hidup sihat bagi kehidupan yang berkualiti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...