Friday 1 December 2017

Mesyuarat Pengurusan Ketua PPP Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia



Mesyuarat Pengurusan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 27hb hingga 29hb November 2017 bertempat di Wisma Persekutuan Jalan Anson Pulau Pinang. 

Mesyuarat 3 hari ini dipengerusikan oleh Ketua PPP KKM iaitu Dr Zaki bin Othman dan dihadiri oleh semua Ketua PPP Negeri, Timbalan KPPPN (Perubatan) dan Timbalan KPPPN (Kesihatan Awam).

Dalam mesyuarat kali ini pelbagai perkara telah diperbincangkan berkaitan perkhidmatan , halatuju, kualiti, latihan, perjawatan dan pelbagai perkara berkaitan Profesion penolong Pegawai Perubatan. 

Semua KPPPN telah membentangkan laporan negeri masing-masing dan membincangkan isu dan cadangan yang telah dibawa. 

Ahli mesyuarat juga telah dibawa melawat Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Hitam yang mempunyai fasiliti kesihatan 6 tingkat yang pertama di Malaysia. 










Friday 5 May 2017

BARISAN KEPIMPINAN BARU PPPM


NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2017

National Conference Of Assistant Medical Officer 2017 diadakan pada 2 Mei 2017 hingga 4 Mei 2017 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Seramai lebih 500 peserta hadir dalam Konferens kali ini. Konferens ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Dato' Seri Dr.S.Subramaniam. Key note adress pula disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM Datuk Dr.Noor Hisham b.Abdullah. Pada sesi malam pula diadakan satu sesi dialog bersama KPK Datuk Dr.Noor Hisham dengan para peserta Konferens.

Sesi Plenary yang telah disampaikan pada hari ke dua Konferens.
1.Mx healthcare in community by Dr.Hani Haselah FMS
2. Healthcare focus in wellness by Dr.Hayati Director of Family Health Div KKM.
3. Improving wellness in healthcare by Dato Dr.Azman Director of Dev Div KKM.
4. Enhancing wellness through education by MA Dr.Elangovan Div.of Training KKM.










MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERWAKILAN PPPM 2017


Mesyuarat Agung Dwitahunan Perwakilan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diadakan pada 5 Mei 2017 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.  Mesyuarat Perwakilan ini telah dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari seluruh negara.
Seramai lebih 40 orang perwakilan , Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Majlis Tertinggi hadir dalam Mesyuarat kali ini. Deligasi Perwakilan Perak juga tidak terkecuali . Dalam Mesyuarat ini, deligasi dari perak telah membangkitkan 2 usul yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan, walaubagaimanapun kedua-dua usul dari cawangan Perak tidak disokong oleh majoriti ahli mesyuarat. 
Usul yang telah dibangkitkan oleh perwakilan Perak :
1. Melantik Bendahari Cawangan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat
2. Penambahbaikan nama Penolong Pegawai Perubatan kesatu nama yang lebih signifikan iaitu tidak lagi menggunakan nama penolong jika anggota tersebut berada di gred u41 keatas. Sebagai contoh Pegawai Teknikal Perubatan bagi u41 keatas dan Penolong Pegawai Teknikal Perubatan bagi u36 kebawah. Antara contoh nama lain ialah Pegawai Sains Perubatan Dan Kesihatan iaitu nama yg sinonim dengan nama diploma Pembantu Perubatan yang baru diluluskan pertukaran nama ke Diploma Sains Perubatan Dan Kesihatan.

Koleksi gambar-gambar Mesyuarat;











Thursday 13 April 2017

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK PENGGAL 2017/2019


Mesyuarat Agung Dwi Tahunan pada 8 April 2017 telahpun melantik AJK baru dan 
beberapa AJK lama yang diteruskan perkhidmatan bagi penggal 2017/2019. 
Program dan aktiviti PPPM Perak yang telah dirancang  sebelum ini akan diteruskan 
dan beberapa program baru akan dilaksanakan sepanjang tahun 2017 ini.

Semoga pemilihan dan perlantikan AJK penggal 2017/2019 ini dapat membantu memartabatkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan khasnya di Negeri Perak ini.



AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN  MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERAK
PENGGAL 2017/2019

Pengerusi                           :           Hj. Ahmad Syamsul B. Hj. Rezali



Timbalan Pengerusi          :           Hj. Mohamad Zaki B. Shafie

                       

Setiausaha                         :           En. Mohd Najib B. Ramli



Penolong Setiausaha        :           En. Amiruddin B. Masdar

                       

Bendahari                           :           En. Saifol B. Mohd Zambri

                       

AJK                                     :           En. Kamsani B. Kadir



AJK                                     :           En. Mohd Tarmizi B. Ismail



AJK                                     :           En. Zulkifli B. Salleh



AJK                                     :           En. Mohd Fauzi B. Ahmad





JURUAUDIT  1                    :           En. Wan Ahmad Hisham B. Osman



JURUAUDIT  2                    :           En. Azmie B. Adris





PERWAKILAN                     :           En. Zulfikar B. Mohamed Khawari



PERWAKILAN                     :           En. Azmie B. Adris


PERWAKILAN                     :           En. Ruszailan B. Darus


PERWAKILAN                     :           En. Kamsani B. Kadir


Wednesday 5 April 2017

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017 PERINGKAT NEGERI PERAK


     Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 Peringkat Negeri Perak diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh Perak. Seramai lebih dari 300 Penolong Pegawai Perubatan hadir memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini bagi semua PPP.  
Dato' Dr Hj Rahimi Bin Goon selaku Timbalan Pengarah (Perubatan) sudi merasmikan majlis sambutan ini. Tetamu jemputan yang hadir bersama pada Majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia iaitu Dr Md Zaki B. Othman.
      Seramai 17 orang pesara PPP dan bakal pesara PPP juga telah diraikan dalam majlis ini. Kesemua mereka menerima hadiah cenderahati dan sijil persaraan . Seusai ketibaan VVIP , majlis dimulakan dengan persembahan koir dari pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu SAS dengan 3 lagu iaitu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan juga PPP Berjaya.
      Tokoh Pembantu Perubatan Negeri Perak 2017 telah di anugerahkan kepada Tn. Hj Mohd Radzi B. Hashim bekas PPP U44 JKN dan sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji. 
Kumpulan Koir KSKB SAS

MC...legend

Ucapan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia

Perasmian oleh Dato' Dr Hj Rahimi B. Goon

Antara tetamu jemputan

Tetamu jemputan

Bacaan ikrar diketuai oleh En. Wan Hisham dari Hospital Teluk Intan

Pesara diraikan

PPP yg hadir






Cenderahati kepada pesara

cenderahati kepada pesara

Anugerah Tokoh PP Perak


cabutan bertuah













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...