Mesyuarat Agung Dwitahunan Perwakilan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diadakan pada 5 Mei 2017 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Mesyuarat Perwakilan ini telah dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari seluruh negara.
Seramai lebih 40 orang perwakilan , Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Majlis Tertinggi hadir dalam Mesyuarat kali ini. Deligasi Perwakilan Perak juga tidak terkecuali . Dalam Mesyuarat ini, deligasi dari perak telah membangkitkan 2 usul yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan, walaubagaimanapun kedua-dua usul dari cawangan Perak tidak disokong oleh majoriti ahli mesyuarat.
Usul yang telah dibangkitkan oleh perwakilan Perak :
1. Melantik Bendahari Cawangan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat
2. Penambahbaikan nama Penolong Pegawai Perubatan kesatu nama yang lebih signifikan iaitu tidak lagi menggunakan nama penolong jika anggota tersebut berada di gred u41 keatas. Sebagai contoh Pegawai Teknikal Perubatan bagi u41 keatas dan Penolong Pegawai Teknikal Perubatan bagi u36 kebawah. Antara contoh nama lain ialah Pegawai Sains Perubatan Dan Kesihatan iaitu nama yg sinonim dengan nama diploma Pembantu Perubatan yang baru diluluskan pertukaran nama ke Diploma Sains Perubatan Dan Kesihatan.
Koleksi gambar-gambar Mesyuarat;
No comments:
Post a Comment