Tuesday 28 April 2015

STIKER KERETA AMO

Stiker Kereta AMO boleh didapati sekarang 
dengan harga RM 6.00/pcs . Sila whatsapp no 012-2622234
untuk pembelian.  Kami juga akan membuka booth Persatuan di MITC Melaka pada 11-13 Mei 2015 sempena Konferens Kebangsaan PPP 2015 . Jumpa disana.  #ppp-perak

Wednesday 22 April 2015

PROGRAM KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH : 28 MAC 2015.
TEMPAT : PERKAMPUNGAN  PENDUDUK ORANG ASLI 
KAMPUNG PISANG SUNGAI SIPUT .
MASA :8.00 PAGI – 4.00 PETANG

            Program sambutan hari PPP di Perkampungan orang asli merupakan  satu program yang diilhamkan bersama semasa mesyuarat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan pada 4 mac 2015. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melipat gandakan usaha bagi melahirkan perkhidmatan kerajaan yang mesra rakyat juga bersesuaian dengan tema Hari Pembantu Perubatan 2015 “ Kesihatan Rakyat Keutamaan Kami”.

KPPPN bersama Dr Rahimi, Timb Pengarah Kesihatan JKN

Taklimat Program

Siapa Cepat

Pemeriksaan Kesihatan

Tunjuk kehandalan menyumpit

sukaneka kanak-kanak

Sukaneka menyumpit

gotong royong memasak

sukaneka kanak-kanak

Acara bermula
Tok Batin menberikan  ucapan

            Penglibatan komuniti orang asli dalam aktiviti kesihatan juga adalah merupakan matlamat utama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melahirkan masyarakat sihat. Oleh yang demikian hasrat murni ini telah dimenifestasikan melalui program yang  dianjurkan oleh PPP Negeri Perak sempena Hari Pembantu Perubatan peringkat Negeri Perak.

Seramai 105 Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah menghadiri program ini.


Program telah dirasmikan oleh Dr Hj Rahimi Bin Goon ,
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak


Aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, gotong royong, memasak, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan penyampaian sumbangan.

Segala perbelanjaan program tersebut adalah kutipan daripada semua PPP negeri Perak dan juga sumbangan daripada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Negeri Perak.

Pameran kesihatan




Monday 20 April 2015

MESYUARAT AGUNG PPPM PERAK

Barisan AJK baru bersama dengan KPPPN (duduk di tengah)
Lantikan barisan jawatankuasa baru bagi AJK Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Negeri Perak telah diadakan pada 18 April 2015 sempena Mesyuarat Agung PPPM Perak di HRPB Ipoh. Seramai 9 orang  telah dilantik menganggotai AJK bagi penggal 2015-2017.

AJK PPPM PERAK 2015-2017

 Pengerusi
Hj Ahmad Syamsul B. Rezali

Timbalan Pengerusi
Zulfikar B. Mohamad Khawari

Setiausaha
Symsul B. Samsudin

Penolong Setiausaha
Saifol B. Mohd Zambri

Bendahari
Kamsani B. Kadir

Ahli Jawatankuasa
Hj. Ahmad Sohailee B. Dahalan
Wan Ahmad Hisham B. Osman
Ahmad Rashidi B. Hj Hussain
Mohd Tarmizi B. Ismail

Juruaudit
Hj. Mohammad Nazli B. Mohamad Khalid
En. Benard

Sempena perlantikan baru ini, Admin sebagai Pengerusi PPPM Perak memutuskan akan membangunkan blog PPP Perak untuk sumber informasi untuk semua. Sebelum ini admin juga merupakan admin bagi blog http://pppselangor.blogspot.com yang diwujudkan sejak 2009 lagi.

Sebarang penambahbaikan dan cadangan amatlah dialu-alukan. Sila emailkan kepada admin sebarang cadangan anda. Sekian. Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...