TEMPAT : PERKAMPUNGAN PENDUDUK ORANG ASLI
KAMPUNG PISANG SUNGAI SIPUT .
MASA :8.00 PAGI – 4.00 PETANG
Program
sambutan hari PPP di Perkampungan orang asli merupakan satu program yang diilhamkan bersama semasa
mesyuarat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan pada 4 mac 2015. Ini selaras
dengan hasrat kerajaan dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
melipat gandakan usaha bagi melahirkan perkhidmatan kerajaan yang mesra rakyat
juga bersesuaian dengan tema Hari Pembantu Perubatan 2015 “ Kesihatan Rakyat
Keutamaan Kami”.
|
KPPPN bersama Dr Rahimi, Timb Pengarah Kesihatan JKN |
|
Taklimat Program |
|
Siapa Cepat |
|
Pemeriksaan Kesihatan |
|
Tunjuk kehandalan menyumpit |
|
sukaneka kanak-kanak |
|
Sukaneka menyumpit |
|
gotong royong memasak |
|
sukaneka kanak-kanak |
|
Acara bermula |
|
Tok Batin menberikan ucapan |
Penglibatan
komuniti orang asli dalam aktiviti kesihatan juga adalah merupakan matlamat
utama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melahirkan masyarakat sihat. Oleh
yang demikian hasrat murni ini telah dimenifestasikan melalui program yang dianjurkan oleh PPP Negeri Perak sempena Hari
Pembantu Perubatan peringkat Negeri Perak.
Seramai 105 Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah
menghadiri program ini.
Program telah dirasmikan oleh Dr Hj Rahimi Bin Goon ,
Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Aktiviti
yang dijalankan seperti sukaneka, gotong royong, memasak, ceramah
kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan penyampaian sumbangan.
Segala perbelanjaan program tersebut adalah kutipan daripada
semua PPP negeri Perak dan juga sumbangan daripada Persatuan Pembantu Perubatan
Malaysia Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Negeri
Perak.
|
Pameran kesihatan |
No comments:
Post a Comment