PROGRAM KEMBARA
SIHAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK
KE
SINAR HARIAN (KUMPULAN
MEDIA KARANGKRAF) KELANTAN
diadakan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac 2017.
Di peringkat Negeri Perak, sambutan ini akan diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh.
Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang dan salah satunya ialah Program Kembara Sihat ini.
Program ini akan ke Penerbitan
Sinar Harian, Kota Bharu Kelantan pada 18-19 Mac 2017.
Aktiviti
sosial dan kemasyarakatan ini bakal melibatkan Penolong Pegawai
Perubatan Negeri Perak. Antara pengisian aktiviti adalah Pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, Dextrostix, BMI, Vision test, Kaunseling pemakanan, Quit Smoking dan ceramah perubatan sukan.
‘Demo CPR dan Choking’ juga akan di adakan pada program tersebut.
Program seperti ini dapat menyediakan landasan kepada
profesion PPP untuk memberi publisiti secara lebih fleksibel, impak tinggi, dan bersesuaian dengan
hasrat murni melestarikan profesion Penolong Pegawai Perubatan.
Selain itu akan diadakan lawatan ke kilang percetakan dan bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik) bagi memberi pendedahan kepada Penolong
Pegawai Perubatan berkaitan aktiviti sesebuah penerbitan dan promosi
pengiklanan dijalankan. Kumpulan Media Karangkraf adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar
di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Slogan ‘Cakna dan Dinamik’ merupakan
identiti akhbar Sinar Harian yang merupakan sumber berita utama medium bahasa
melayu bagi rakyat Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada Mac 2006.
Matlamat
program ini adalah untuk membentuk generasi PPP yang cemerlang, berilmu, dan berketerampilan
serta berdaya saing melalui pendekatan kepelbagaian program ilmu dan aktiviti
sosial.
Bagi merealisasikan program sosial ini PPP dari seluruh negeri perak dijemput menyertai program ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp
Hj Syamsul ditalian 012-2622234
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp
Hj Syamsul ditalian 012-2622234
No comments:
Post a Comment