Friday, 8 April 2016

TEAM BUILDING DI ROYAL BELUM RAINFOREST

Bersama Pengerusi PPPM..Tn Hj Mustafa Majid
Kesatuan Pen. Peg. Perubatan Sem Malaysia telah menganjurkan Program Team Building di Royal Belum Rainforest pada 5hb - 7hb April 2016. Team Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia juga turut serta dalam program ini termasuklah PPPM Perak. Seramai 56 orang PPP terlibat dalam program 3 hari 2 malam ini.
Antara para peserta

Homeboat..Boleh tidur diatas bot ni.
Sebanyak 2 homeboat dan 6 buah speedboat digunakan dalam perjalanan ke destinasi yang telah dirancang.
Lawatan ke Kawasan Bunga Pakma (Reflessia), Kg Aman Damai iaitu perkampungan orang asli di Royal Belum, Santuari Ikan Kelah, Air Terjun dan beberapa tempat menarik di sekitar Royal Belum.
Bunga pakma yang belum mengembang


Inilah tempat Program berlangsung
Tasik Banding
Homeboat berlabuh


Bekalan air bersih di Kg Aman damai

Program sebegini banyak memberi pengajaran dan pengalaman berharga buat semua peserta. Oleh yang demikian PPPM Perak berhasrat akan menganjurkan lagi program seperti ini pada penghujung tahun 2016. Program yang akan diberi nama XPDC Royal Belum 2016 dirancang untuk PPP Perak sahaja. Jika anda berminat sila berhubung dengan Pengerusi PPPM Perak no WS : 012-2622234...(Bagi tujuan survey).

Sunday, 3 April 2016

SEMINAR PPP DALAM PENJAGAAN PEDIATRIK 2016

Seminar Penolong Pegawai Perubatan dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan 2016 dengan tema "New Horizons"  berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada 1-3 April dengan kehadiran hampir 300 PPP dari seluruh negara.

Perkhidmatan pediatrik adalah antara perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terpenting kerana ianya khusus buat bayi dan kanak-kanak yang menjadi aset masa depan negara. Perkhidmatan pediatrik yang komprehensif dan berkualiti penting bagi mengurangkan kadar mortaliti dan morbiditi di kalangan bayi dan kanak-kanak. 

Antara topik menarik di seminar ini termasuk Paediatric Retrieval, The Role of the Assistant Medical Officer in Paediatric Care, Respiratory Disease in Neonate, Paediatric Emergencies, Paediatric Domiciliary Care-Home Ventilation, Paediatric Neurology, Sleep Study, Paediatric Care in Public Health, Neonatal Respiratory Care dan Paediatric Cardiology.

Dalam Seminar ini juga dijalankan pameran Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan juga sebanyak 10 booth dari syarikat alatan perubatan mempamirkan produk masing-masing.


Syabas diucapkan kepada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia kerana menganjurkan program-program pembangunan profesion berasaskan kompetensi sebegini demi kemajuan halatuju kerjaya PPP di Malaysia.


#pppmalaysia

MAJLIS DIALOG DAN MAKAN MALAM BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM


Pada malam 1 April 2016 ,Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Kesatuan PPP Sem Malaysia dan Lembaga PP telah menghadiri dialog dan makan malam bersama Ketua Pengarah Kesihatan KKM (DG) , Dato' Dr Norhisham Abdullah di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak.
Sesi dialog ini diadakan sempena Seminar PPP dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada 1-3 April 2016.
Sistem penjagaan kesihatan pada masa hadapan akan berteraskan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan sekadar kuantiti semata-mata. Oleh itu, adalah amat penting untuk setiap PPP melengkapkan diri masing-masing dengan skill kemahiran yang khusus untuk menjadi nilai tambah sesebuah pasukan perubatan yang dianggotainya.
Pada sesi dialog ini juga, pelbagai isu berkaitan halatuju dan perkembangan profesion PPP turut dibincangkan. Semoga PPP terus maju ke hadapan menjadi sebahagian daripada aset perkhidmatan kesihatan negara yang ternilai.



  #pppmalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...