Wednesday, 5 April 2017

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017 PERINGKAT NEGERI PERAK


     Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 Peringkat Negeri Perak diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh Perak. Seramai lebih dari 300 Penolong Pegawai Perubatan hadir memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini bagi semua PPP.  
Dato' Dr Hj Rahimi Bin Goon selaku Timbalan Pengarah (Perubatan) sudi merasmikan majlis sambutan ini. Tetamu jemputan yang hadir bersama pada Majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia iaitu Dr Md Zaki B. Othman.
      Seramai 17 orang pesara PPP dan bakal pesara PPP juga telah diraikan dalam majlis ini. Kesemua mereka menerima hadiah cenderahati dan sijil persaraan . Seusai ketibaan VVIP , majlis dimulakan dengan persembahan koir dari pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu SAS dengan 3 lagu iaitu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan juga PPP Berjaya.
      Tokoh Pembantu Perubatan Negeri Perak 2017 telah di anugerahkan kepada Tn. Hj Mohd Radzi B. Hashim bekas PPP U44 JKN dan sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji. 
Kumpulan Koir KSKB SAS

MC...legend

Ucapan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia

Perasmian oleh Dato' Dr Hj Rahimi B. Goon

Antara tetamu jemputan

Tetamu jemputan

Bacaan ikrar diketuai oleh En. Wan Hisham dari Hospital Teluk Intan

Pesara diraikan

PPP yg hadir






Cenderahati kepada pesara

cenderahati kepada pesara

Anugerah Tokoh PP Perak


cabutan bertuah













Saturday, 11 March 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 11 Mac 2017 di Hotel Zenith Kuantan Pahang. Seramai 1560 Penolong Pegawai Perubatan pelbagai agensi telah hadir memeriahkan majlis gilang gemilang ini.

Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM yang mewakili YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

 

Ucapan Aluan oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Dr. Md Zaki Othman


Tokoh Pembantu Perubatan 2017 : En. Taram Singh Walia A/L Pratap Singh, HTAR, Klang



Tokoh Pembantu Perubatan Harapan 2017 : En. Hamizal Bin Hamid, Hospital Melaka



Simbolik perasmian

Antara yang hadir memeriahkan majlis



Majlis gilang gemilang yang telah dihadiri oleh 1560 orang PPP dari seluruh negara dan pelbagai agensi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...