Tuesday, 17 April 2018

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2018


Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak 2018 telah diadakan pada 7 April 2018 bertempat di Hotel Excelsior Ipoh Perak. Seramai 270 Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh pelusuk negeri Perak hadir memeriahkan majlis ini.


Majlis Sambutan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Majlis yang disambut dan diraikan oleh seluruh warga Penolong Pegawai Perubatan ini merupakan Majlis yang disambut setiap tahun sempena Hari Pembantu Perubatan.









Merasmikan Majlis

Simbolik perasmian


Kumpulan Koir

Lagu PPP berjaya pasti ada

antara peserta yang hadir


cabutan bertuah

Tarian kebudayaan dari HBUK

Bacaan Ikrar

Saturday, 17 March 2018

HARI AMAL PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK


Hari Amal Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah diadakan di Pasar Tani Kpg Simee Stadium Ipoh pada 17 Mac 2018. Program khidmat kemasyarakatan ini adalah anjuran bersama Unit Perkhidmatan PPP JKN Perak, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Perak dan Kesatuan PPP Sem. Malaysia Cawangan Perak.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, kempen kesedaran derma organ, "Quit Smoking", Demo CPR dan kaunseling.







MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2018

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2018 telah diadakan di MSU Shah Alam yang telah dihadiri seramai 1200 Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negara. Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah , Ketua Pengarah Kesihatan , KKM telahpun mewakili Menteri Kesihatan Malaysia bagi merasmikan Majlis Sambutan pada kali ini.












Friday, 9 March 2018

MAJLIS PERASMIAN BULAN SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN

Majlis perasmian bulan Sambutan Hari Pembantu Perubatan 
peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta telahpun berlangsung 
pada 7 Mac 2018 yang telah dirasmikan oleh 
Timbalan Pengarah HBUK , Dr Nailah. 
Nyayian koir lagu PPP berjaya telah berkumandang di Dewan Bahagia 
dan mendapat respon positif dari pelbagai profesion apabila 
pertama kali mendengarnya. Dengan perasmian ini maka bermulalah
 program program yg diatur sepanjang bulan ini sehingga 
acara kemuncak pada 7 April 2018 iaitu 
Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat negeri perak di Hotel Excelsior.









PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERAK MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2018

"PROFESION DIPERKASA, MASYARAKAT SEJAHTERA"

SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2018


MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN AKAN DIADAKAN 
PADA 10 MAC 2018 DI MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY 
SHAH ALAM SELANGOR

TEMA PADA TAHUN INI :

"PROFESION DIPERKASA , MASYARAKAT SEJAHTERA"

SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN KEPADA 
SEMUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN





SEMINAR PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2018


Seminar Penolong Pegawai Perubatan 
Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital & Ambulans Malaysia: Alaf Baru
telah diadakan pada 9-10 Mac 2018 di MSU Shah Alam Selangor




Friday, 1 December 2017

Mesyuarat Pengurusan Ketua PPP Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia



Mesyuarat Pengurusan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 27hb hingga 29hb November 2017 bertempat di Wisma Persekutuan Jalan Anson Pulau Pinang. 

Mesyuarat 3 hari ini dipengerusikan oleh Ketua PPP KKM iaitu Dr Zaki bin Othman dan dihadiri oleh semua Ketua PPP Negeri, Timbalan KPPPN (Perubatan) dan Timbalan KPPPN (Kesihatan Awam).

Dalam mesyuarat kali ini pelbagai perkara telah diperbincangkan berkaitan perkhidmatan , halatuju, kualiti, latihan, perjawatan dan pelbagai perkara berkaitan Profesion penolong Pegawai Perubatan. 

Semua KPPPN telah membentangkan laporan negeri masing-masing dan membincangkan isu dan cadangan yang telah dibawa. 

Ahli mesyuarat juga telah dibawa melawat Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Hitam yang mempunyai fasiliti kesihatan 6 tingkat yang pertama di Malaysia. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...