Saturday, 16 May 2015

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERWAKILAN KALI PERTAMA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

Mesyuarat Agung Dwitahunan perwakilan kali pertama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
ataupun Mesyuarat Agung dua tahunan kali ke 13 telah diadakan pada 14 Mei 2015 di Hotel KOBEMAS Melaka. Sebelum ini mesyuarat agung persatuan bukannya mesyuarat agung perwakilan dan selepas perlembagaan baru ini ,Mesyuarat agung telah dinamakan sebagai Mesyuarat Agung Dwitahunan perwakilan. Mesyuarat Seramai 60 orang perwakilan dan EXCO hadir dalam mesyuarat agung kali ini.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua perwakilan-perwakilan negeri yang telah dilantik , EXCO dan Ahli Majlis tertinggi PPPM. Dalam mesyuarat agung ini telah membentang dan meluluskan usul-usul serta pemilihan ahli jawatankuasa pusat penggal 2015/2016.
Bergambar beramai-ramai dalam AGM 2015

Barisan Ahli majlis tertinggi PPPM

Para perwakilan

Perwakilan Negeri Perak


Perwakilan Perak Bersama Pengerusi PPPM Perak



Pengerusi PPPM memberikan ucapan

NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2015


National Conference Of Assistant Medical Officer 2015 yang telah berlangsung di MITC Melaka pada 11-13 Mei 2015 dihadiri seramai hampir 800 peserta dari seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak. Konferens ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia.

Konferens ini anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia bersama dengan Lembaga Pembantu Perubatan dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia. Kali ini Konferens bertemakan "Community Health At Heart" adalah bertepatan dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia "Kami Sedia Membantu". Ianya juga adalah sejajar dengan hasrat serta dasar KKM yang memerlukan penglibatan yang lebih aktif daripada semua pihak untuk mendekati hati masyarakat didalam menangani isu-isu kesihatan di negara ini bagi memastikan tahap kesihatan yang terbaik dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Sememangnya masyarakat sentiasa dihati semua Penolong Pegawai Perubatan yang bertepatan dengan tema kali ini. Konferens ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari pembentangan yang dibuat disamping bertukar-tukar idea dan dapat menambah jaringan hubungan dengan rakan-rakan yang baru dikenali atau sudah lama tidak bersua untuk kepentingan perkhidmatan.


Antara media di majlis perasmian
Cenderamata kepada YB Menteri
Majlis perasmian Konferens PPP 2015

Lawatan booth-booth pameran

Nyayian lagu PPP Berjaya
Tahniah kepada semua para pembentang yang mana kertas kajiannya telah tepilih untuk konferens kali ini. Jawatankuasa Konferens bertekad melahirkan lebih ramai Penolong Pegawai Perubatan didalam aktiviti kajian yang mana ia akan membantu kearah peningkatan ilmiah dan meneroka pembaharuan dalam menangani masalah dan cabaran dalam perkhidmatan kesihatan negara.

Sebanyak 3 sesi plenari, key notes address, forum , Concurrent session dan skill workshop diadakan dalam konferens kali ini bertujuan meningkatkan profesionalisma diri, kualiti perkhidmatan serta mutu perkhidmatan pada peserta. Disamping itu dapat memperkasakan kerjaya serta melestarikan profesion dengan lebih efektif dan cemerlang.
Cenderamata kepada penyampai Key notes address


Urusetia Konferens

Peserta konferens

Penggulungan penutupan konferens

        Ahli-ahli mesyuarat jawatankuasa Konferens
Majlis makan malam

EXCO kesihatan Melaka merasmikan majlis makan malam




Thursday, 7 May 2015

SELAMAT DATANG DELEGATES KONFERENS PPP 2015


SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA DELEGATES KONFERENS PPP 2015 
YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 11-13 MEI 2015 DI MITC MELAKA.
 LEBIH DARI 800 PESERTA DARI SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN
 SARAWAK TELAH MENDAFTAR DALAM KONFERENS INI. 

SELAMAT BERKONFERENS.

KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR , ANDA BOLEH DOWNLOAD SURAT JAWAPAN KONFERENS BESERTA DETAILS PENDAFTARAN DI
www.pppmalaysia.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...