Konferens ini anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia bersama dengan Lembaga Pembantu Perubatan dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia. Kali ini Konferens bertemakan "Community Health At Heart" adalah bertepatan dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia "Kami Sedia Membantu". Ianya juga adalah sejajar dengan hasrat serta dasar KKM yang memerlukan penglibatan yang lebih aktif daripada semua pihak untuk mendekati hati masyarakat didalam menangani isu-isu kesihatan di negara ini bagi memastikan tahap kesihatan yang terbaik dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
Sememangnya masyarakat sentiasa dihati semua Penolong Pegawai Perubatan yang bertepatan dengan tema kali ini. Konferens ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari pembentangan yang dibuat disamping bertukar-tukar idea dan dapat menambah jaringan hubungan dengan rakan-rakan yang baru dikenali atau sudah lama tidak bersua untuk kepentingan perkhidmatan.
Antara media di majlis perasmian |
Cenderamata kepada YB Menteri |
Majlis perasmian Konferens PPP 2015 |
Lawatan booth-booth pameran |
Nyayian lagu PPP Berjaya |
Sebanyak 3 sesi plenari, key notes address, forum , Concurrent session dan skill workshop diadakan dalam konferens kali ini bertujuan meningkatkan profesionalisma diri, kualiti perkhidmatan serta mutu perkhidmatan pada peserta. Disamping itu dapat memperkasakan kerjaya serta melestarikan profesion dengan lebih efektif dan cemerlang.
Cenderamata kepada penyampai Key notes address |
Urusetia Konferens |
Peserta konferens |
Penggulungan penutupan konferens |
Ahli-ahli mesyuarat jawatankuasa Konferens |
Majlis makan malam |
EXCO kesihatan Melaka merasmikan majlis makan malam |
No comments:
Post a Comment