Sumber informasi dan maklumat berkenaan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak. Walaubagaimanapun admin tidak terikat dengan maklumat dan pandangan dari pihak KKM . Gambaran dan informasi yang diberikan adalah bebas dan sumber dari Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Perak.Sekian, Wassalam.
Tuesday, 21 March 2017
Monday, 13 March 2017
Saturday, 11 March 2017
MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 11 Mac 2017 di Hotel Zenith Kuantan Pahang. Seramai 1560 Penolong Pegawai Perubatan pelbagai agensi telah hadir memeriahkan majlis gilang gemilang ini.
Ucapan
Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua
Setiausaha Kewangan KKM yang mewakili YB Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia.
Ucapan Aluan oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Dr. Md Zaki Othman
Tokoh Pembantu Perubatan 2017 : En. Taram Singh Walia A/L Pratap Singh, HTAR, Klang
Tokoh Pembantu Perubatan Harapan 2017 : En. Hamizal Bin Hamid, Hospital Melaka
Simbolik perasmian
Antara yang hadir memeriahkan majlis
Majlis gilang gemilang yang telah dihadiri oleh 1560 orang PPP dari seluruh negara dan pelbagai agensi.
Friday, 10 March 2017
AMANAT DARI SEORANG DG....
Bersempena dengan Hari Pembantu Perubatan, saya dengan berbesar hari
ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pembantu Perubatan kepada semua
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh Malaysia. Sebagai ‘orang
kuat’ kepada para doktor, saya berasa amat bangga dan berterima kasih
atas kecemerlangan serta bakti yang dicurahkan oleh semua PPP dalam
melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi di segenap penjuru
Negara ini. Saya telah melihat evolusi profession PPP yang telah terus
kekal relevan dalam dunia perubatan yang dinamik ini, dan saya yakin
mereka akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam sistem
kesihatan Negara ini.
Bagi
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Pembantu Perubatan. Semoga profesion ini terus membangun dan kekal
berbakti untuk Negara. KesihatanKu Negaraku Malaysia.
...............................
On this special day for all Assistant Medical Officers (AMOs), I would like to pen a special note to all our AMOs throughout Malaysia, for their excellence and extraordinary dedication. As the ‘right hand’ to us in the medical fraternity, we are proud and ever so grateful for their contributions towards health service provision in this country. I have seen how this profession evolve and be adaptable to the dynamic medical world, and I trust that they will continue to play an even greater role in our health system beyond tomorrow.
On behalf of the Ministry of Health, I would like to wish them “Selamat Hari Pembantu Perubatan”. May this profession continue to grow and serve the Nation.
MyHealth, MyNation, Malaysia.
...............................
On this special day for all Assistant Medical Officers (AMOs), I would like to pen a special note to all our AMOs throughout Malaysia, for their excellence and extraordinary dedication. As the ‘right hand’ to us in the medical fraternity, we are proud and ever so grateful for their contributions towards health service provision in this country. I have seen how this profession evolve and be adaptable to the dynamic medical world, and I trust that they will continue to play an even greater role in our health system beyond tomorrow.
On behalf of the Ministry of Health, I would like to wish them “Selamat Hari Pembantu Perubatan”. May this profession continue to grow and serve the Nation.
MyHealth, MyNation, Malaysia.
Thursday, 9 March 2017
PROGRAM KEMBARA SIHAT 2017 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK
PROGRAM KEMBARA
SIHAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK
KE
SINAR HARIAN (KUMPULAN
MEDIA KARANGKRAF) KELANTAN
diadakan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac 2017.
Di peringkat Negeri Perak, sambutan ini akan diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh.
Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang dan salah satunya ialah Program Kembara Sihat ini.
Program ini akan ke Penerbitan
Sinar Harian, Kota Bharu Kelantan pada 18-19 Mac 2017.
Aktiviti
sosial dan kemasyarakatan ini bakal melibatkan Penolong Pegawai
Perubatan Negeri Perak. Antara pengisian aktiviti adalah Pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, Dextrostix, BMI, Vision test, Kaunseling pemakanan, Quit Smoking dan ceramah perubatan sukan.
‘Demo CPR dan Choking’ juga akan di adakan pada program tersebut.
Program seperti ini dapat menyediakan landasan kepada
profesion PPP untuk memberi publisiti secara lebih fleksibel, impak tinggi, dan bersesuaian dengan
hasrat murni melestarikan profesion Penolong Pegawai Perubatan.
Selain itu akan diadakan lawatan ke kilang percetakan dan bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik) bagi memberi pendedahan kepada Penolong
Pegawai Perubatan berkaitan aktiviti sesebuah penerbitan dan promosi
pengiklanan dijalankan. Kumpulan Media Karangkraf adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar
di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Slogan ‘Cakna dan Dinamik’ merupakan
identiti akhbar Sinar Harian yang merupakan sumber berita utama medium bahasa
melayu bagi rakyat Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada Mac 2006.
Matlamat
program ini adalah untuk membentuk generasi PPP yang cemerlang, berilmu, dan berketerampilan
serta berdaya saing melalui pendekatan kepelbagaian program ilmu dan aktiviti
sosial.
Bagi merealisasikan program sosial ini PPP dari seluruh negeri perak dijemput menyertai program ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp
Hj Syamsul ditalian 012-2622234
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp
Hj Syamsul ditalian 012-2622234
Thursday, 2 March 2017
MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017 PERINGKAT NEGERI PERAK
Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 1 Mac 2017 di HRPB Ipoh. Mesyuarat bilangan 2 ini banyak membincangkan berkenaan perlaksanaan sambutan hari PP nanti. Semua Jawatankuasa yang telah dilantik membentangkan perancangan JK masing-masing dan beberapa keputusan telahpun dibuat mengikut persetujuan bersama.
Sambutan Hari PP pada tahun 2017 ini akan di adakan di Hotel Excelsior pada 1 April 2017.
Pada kali ini Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak telah diamanahkan
menjadi tuan rumah bagi majlis yang disambut pada setiap tahun ini.
Pada sebelah petangnya pula mesyuarat telah berpindah ke JKN Perak dan
mesyuarat ini pula lebih tertumpu pada program dan aktiviti yang dirancang sepanjang
bulan Hari Pembantu Perubatan ini. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua
Ketua Penyelia Hospital dan Penyelaras PKD di Negeri Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)