Sumber informasi dan maklumat berkenaan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak. Walaubagaimanapun admin tidak terikat dengan maklumat dan pandangan dari pihak KKM . Gambaran dan informasi yang diberikan adalah bebas dan sumber dari Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Perak.Sekian, Wassalam.
Friday, 5 May 2017
NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2017
National Conference Of Assistant Medical Officer 2017 diadakan pada 2 Mei 2017 hingga 4 Mei 2017 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Seramai lebih 500 peserta hadir dalam Konferens kali ini. Konferens ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Dato' Seri Dr.S.Subramaniam. Key note adress pula disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM Datuk Dr.Noor Hisham b.Abdullah. Pada sesi malam pula diadakan satu sesi dialog bersama KPK Datuk Dr.Noor Hisham dengan para peserta Konferens.
Sesi Plenary yang telah disampaikan pada hari ke dua Konferens.
1.Mx healthcare in community by Dr.Hani Haselah FMS
2. Healthcare focus in wellness by Dr.Hayati Director of Family Health Div KKM.
3. Improving wellness in healthcare by Dato Dr.Azman Director of Dev Div KKM.
4. Enhancing wellness through education by MA Dr.Elangovan Div.of Training KKM.
Sesi Plenary yang telah disampaikan pada hari ke dua Konferens.
1.Mx healthcare in community by Dr.Hani Haselah FMS
2. Healthcare focus in wellness by Dr.Hayati Director of Family Health Div KKM.
3. Improving wellness in healthcare by Dato Dr.Azman Director of Dev Div KKM.
4. Enhancing wellness through education by MA Dr.Elangovan Div.of Training KKM.
MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERWAKILAN PPPM 2017
Mesyuarat Agung Dwitahunan Perwakilan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diadakan pada 5 Mei 2017 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Mesyuarat Perwakilan ini telah dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari seluruh negara.
Seramai lebih 40 orang perwakilan , Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Majlis Tertinggi hadir dalam Mesyuarat kali ini. Deligasi Perwakilan Perak juga tidak terkecuali . Dalam Mesyuarat ini, deligasi dari perak telah membangkitkan 2 usul yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan, walaubagaimanapun kedua-dua usul dari cawangan Perak tidak disokong oleh majoriti ahli mesyuarat.
Usul yang telah dibangkitkan oleh perwakilan Perak :
1. Melantik Bendahari Cawangan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat
2. Penambahbaikan nama Penolong Pegawai Perubatan kesatu nama yang lebih signifikan iaitu tidak lagi menggunakan nama penolong jika anggota tersebut berada di gred u41 keatas. Sebagai contoh Pegawai Teknikal Perubatan bagi u41 keatas dan Penolong Pegawai Teknikal Perubatan bagi u36 kebawah. Antara contoh nama lain ialah Pegawai Sains Perubatan Dan Kesihatan iaitu nama yg sinonim dengan nama diploma Pembantu Perubatan yang baru diluluskan pertukaran nama ke Diploma Sains Perubatan Dan Kesihatan.
Koleksi gambar-gambar Mesyuarat;
Subscribe to:
Posts (Atom)