Friday, 10 March 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017

DARIPADA :
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI PERAK

AMANAT DARI SEORANG DG....

Bersempena dengan Hari Pembantu Perubatan, saya dengan berbesar hari ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh Malaysia. Sebagai ‘orang kuat’ kepada para doktor, saya berasa amat bangga dan berterima kasih atas kecemerlangan serta bakti yang dicurahkan oleh semua PPP dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi di segenap penjuru Negara ini. Saya telah melihat evolusi profession PPP yang telah terus kekal relevan dalam dunia perubatan yang dinamik ini, dan saya yakin mereka akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam sistem kesihatan Negara ini.
Bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perubatan. Semoga profesion ini terus membangun dan kekal berbakti untuk Negara. KesihatanKu Negaraku Malaysia.
...............................
On this special day for all Assistant Medical Officers (AMOs), I would like to pen a special note to all our AMOs throughout Malaysia, for their excellence and extraordinary dedication. As the ‘right hand’ to us in the medical fraternity, we are proud and ever so grateful for their contributions towards health service provision in this country. I have seen how this profession evolve and be adaptable to the dynamic medical world, and I trust that they will continue to play an even greater role in our health system beyond tomorrow.
On behalf of the Ministry of Health, I would like to wish them “Selamat Hari Pembantu Perubatan”. May this profession continue to grow and serve the Nation.
MyHealth, MyNation, Malaysia.

Thursday, 9 March 2017

PROGRAM KEMBARA SIHAT 2017 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK



PROGRAM KEMBARA SIHAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK  
KE SINAR HARIAN (KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF) KELANTAN 
diadakan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac 2017.
Di peringkat Negeri Perak, sambutan ini akan diadakan pada 1 April 2017 di Hotel Excelsior Ipoh.
Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang dan salah satunya ialah Program Kembara Sihat ini.

Program ini akan ke Penerbitan Sinar Harian, Kota Bharu Kelantan pada 18-19 Mac 2017.

Aktiviti sosial dan kemasyarakatan ini bakal melibatkan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak. Antara pengisian aktiviti adalah Pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, Dextrostix, BMI, Vision test, Kaunseling pemakanan, Quit Smoking dan ceramah perubatan sukan. ‘Demo CPR dan Choking’ juga akan di adakan pada program tersebut. 

Program seperti ini dapat menyediakan landasan kepada profesion PPP untuk memberi publisiti secara lebih  fleksibel, impak tinggi, dan bersesuaian dengan hasrat murni melestarikan profesion Penolong Pegawai Perubatan.

Selain itu akan diadakan lawatan ke kilang percetakan dan bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik) bagi memberi pendedahan kepada Penolong Pegawai Perubatan berkaitan aktiviti sesebuah penerbitan dan promosi pengiklanan dijalankan. Kumpulan Media Karangkraf  adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Slogan ‘Cakna dan Dinamik’ merupakan identiti akhbar Sinar Harian yang merupakan sumber berita utama medium bahasa melayu bagi rakyat Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada Mac 2006.
    
Matlamat program ini adalah untuk membentuk generasi PPP yang cemerlang, berilmu, dan berketerampilan serta berdaya saing melalui pendekatan kepelbagaian program ilmu dan aktiviti sosial.

Bagi merealisasikan program sosial ini PPP dari seluruh negeri perak dijemput menyertai program ini. 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi / whatsapp 
Hj Syamsul ditalian  012-2622234

Thursday, 2 March 2017

BARISAN PENYELIA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PERAK 2017


MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017 PERINGKAT NEGERI PERAK


Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 1 Mac 2017 di HRPB Ipoh. Mesyuarat bilangan 2 ini banyak membincangkan berkenaan perlaksanaan sambutan hari PP nanti. Semua Jawatankuasa yang telah dilantik membentangkan perancangan JK masing-masing dan beberapa keputusan telahpun dibuat mengikut persetujuan bersama. 



 Sambutan Hari PP pada tahun 2017 ini akan di adakan di Hotel Excelsior pada 1 April 2017. 
Pada kali ini Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Perak telah diamanahkan 
menjadi tuan rumah bagi majlis yang disambut pada setiap tahun ini. 
Pada sebelah petangnya pula mesyuarat telah berpindah ke JKN Perak dan
 mesyuarat ini pula lebih tertumpu pada program dan aktiviti yang dirancang sepanjang 
bulan Hari Pembantu Perubatan ini. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua 
Ketua Penyelia Hospital dan Penyelaras PKD di Negeri Perak.


Monday, 27 February 2017

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Moh warga Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak kita ramai-ramai join Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak pada 1 April 2017.....Jumpa di sana !!!

Thursday, 23 February 2017

PROGRAM TEAM BONDING


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah menganjurkan Program Team Bonding bagi pegawai- pegawai kanan Persatuan PPM, Kesatuan PPPSM dan Lembaga Pembantu Perubatan yang diadakan pada 19 Februari 2017 hingga 21 Februari 2017 di Tg. Piai Resort, Pontian, Johor . Program 3 hari 2 malam ini telah dihadiri seramai 58 orang. 


Consultant Afiat Centre telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan Program Team Bonding pada kali ini. Program ini amat menitikberatkan ikatan persefahaman, team work, leadership,supporters, kebolehan mengelola dan pastinya menguatkan ikatan persefahaman antara Persatuan, Kesatuan dan Lembaga yang mewakili Profesion Penolong Pegawai Perubatan di Malaysia.












Friday, 10 February 2017

KONFERENS KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2017

NATIONAL CONFERENCE OF AMO 2017
TARIKH : 2-4 Mei 2017
Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru

Tema :  "AMO: Wellness focus professional for Quality Healthcare" 
 YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan telah bersetuju menjadi Penaung Konferens 
manakala KPPPM KKM sebagai Penasihat Konferens. 
YB Menteri Kesihatan pula dijangka akan merasmikan konferens ini. 
Dijangkakan seramai antara 800 -1000 deligasi yang akan menyertai Konferens ini.

Pendaftaran dibuka sekarang...!!


SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2017


Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017 
akan diadakan pada 11 Mac 2017 di Hotel Zenith Kuantan Pahang.
Semua Penolong Pegawai Perubatan dijemput beramai-ramai memeriahkan 
lagi sambutan Hari Pembantu Perubatan 2017. 

Tema : Merealisasikan Transformasi Kesihatan Nasional.
 
PPP yang berminat boleh mendaftar dan membayar yuran RM100 dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad. Untuk urusan pendaftaran dan bayaran boleh menghubungi En.Nasir Bin Ramli ( No. Telefon : 03-8883-1380 / 012-575-1827) atau En Khairin Anwar Bin Azudin ( No. Telefon : 019-984-7814).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...